
Jalan Batang Kali-Genting Highlands bakal dibuka semula pada 1 Julai
HULU SELANGOR – Jalan Batang Kali-Genting Highlands berhampiran kawasan tragedi tanah runtuh pada Disember 2022, bakal dibuka semula pada 1 Julai depan.
Perkara tersebut disahkan Jurutera Daerah Jabatan Kerjaya Raya (JKR) Hulu Selangor, Ts. Ahmad Faris Mohd Ghazali menerusi satu kenyataan.
“Untuk makluman, laluan Batang Kali-Genting Highlands telah pun ditutup semula dalam aplikasi Google Maps dan Waze sejak 6 Jun 2024 yang lalu.
“Laluan tersebut dijangka akan dibuka pada 1 Julai 2024 dan sekiranya terdapat sebarang perubahan akan dimaklumkan di dalam media sosial JKR Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, jalan berkenaan ditutup susulan tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember 2022 hingga mengorbankan 31 nyawa, manakala 61 mangsa terselamat.
Pada Disember 2022, Kementerian Kerja Raya memaklumkan jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh dilakukan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |