
Dalam keghairahan kejar pembangunan, jangan abaikan alam sekitar – PM
GEORGETOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan tatkala pelbagai usaha pembangunan dijelmakan rakyat seperti projek Kereta Kabel Bukit Bendera, jangan dilupakan soal alam sekitar dan budaya setempat dalam seni binanya.
Peringatan tersebut dizahirkan setelah beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Kereta Kabel Bukit Bendera di Taman Botani di sini hari ini.
“Peringatan ini penting tatkala kita ghairah mempacul serta menjelmakan pembangunan untuk rakyat, usah kita kesampingkan kedudukan alam dan ekosistem,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, sebagai anak jati Pulau Pinang, Bukit Bendera tidak asing tatkala beliau pernah mendakinya seawal usia 10 tahun.
Justeru itu, kata beliau, projek kereta kabel Bukit Bendera ini adalah kesinambungan baharu dalam aspek pembangunan mampan lantas selari dengan Visi Penang 2030 yang turut akan mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang baharu untuk masyarakat setempat, selain memperteguh usaha memelihara dan memulihara alam sekitar dan ekosistem serta jangan gersang budaya.
“Saya turut himbau pengalaman lalu ada kalanya kurang tumpuan dari Kerajaan Persekutuan terhadap Pulau Pinang.
“Justeru, hari ini Pulau Pinang terus diberikan perhatian terutama dalam aspek prasarana asas yang terus diberi perhatian selain perumahan rakyat dan usaha menoktahkan kemiskinan,” ujarnya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |