
Copa America 2024: Colombia mara ke pusingan kalah mati tewaskan Costa Rica 3-0
ARIZONA – Colombia mudah melangkah ke pusingan 16 Copa America 2024 selepas menewaskan Costa Rica 3-0 dalam perlawanan Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Universiti Phoenix awal pagi tadi.
Pasukan Cafetaleros itu berjaya meungguli kumpulan D dengan kutipan enam mata dalam saingan Copa America 2024.
Seawal minit pertama, Colombia sudah menunjukkan taring mereka dengan percubaan ke arah gol namun diselamatkan penjaga gol Costa Rica, Sequeira.
Walau bagaimanapun, kesungguhan penjaga gol Costa Rica, Sequeira akhirnya melakukan kesilapan yang mengakibatkan sepakan penalti kerana kekasaran ke atas pemain Colombia, Córdoba.
Pemain sayap Liverpool, Luis DÃaz tidak mensia-siakan peluang dan menjaringkan gol pertama menjadikan kedudukan 1-0.
Penguasaan Colombia berterusan walaupun serangan bertubi-tubi mereka dihalang oleh pertahanan Costa Rica.
Pada minit ke-59, tandukan tepat dari sepakan sudut pemain pertahanan Colombia, Davinson Sánchez menggandakan kedudukan menjadi 2-0.
Hanya tiga minit kemudian, Córdoba menjaringkan gol ketiga selepas menerima hantaran cantik dari pemain tengah Colombia, James RodrÃguez yang memanfaatkan kesilapan Sequeira yang keluar dari gawangnya.
Colombia kini mencatat rekod 25 perlawanan tanpa kalah, membuktikan mereka sebagai saingan kuat dalam kejohanan benua ini.
Dengan kemenangan ini, Colombia mengumpul enam mata akan berdepan Brazil dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan untuk penentuan tempat pertama.
Terdahulu, Brazil berjaya membenam Paraguay 4-1 pada perlawanan kumpulan D Copa America sebentar tadi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |