Berita Semasa

74.25 peratus calon lepasan SPM sudah dapat tempat

KUALA LUMPUR – Seramai 159,027 daripada 214,173 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, daripada permohonan yang diterima, seramai 83,667 calon ditawarkan di universiti awam (UA); 43,531 calon ditawarkan di Politeknik; 26,474 di kolej komuniti dan 5,355 di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“KPT ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua calon lepasan SPM 2023 yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat IPT, UA, KK, LKA menerusi UPUOnline,” kata KPT dalam kenyataan hari ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak 504 program pengajian ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 104 Sijil, 53 Asasi, 346 Diploma dan 1 Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

“Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian boleh memohon melalui rayuan di UPUOnline dalam tempoh 10 hari, bermula pukul 12 tengahari hari ini (28 Jun 2024) sehingga 5 petang 7Julai 2024 5.00.

“Pihak Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button