Berita Semasa

Pemandu lori tersepit dalam kemalangan libatkan 3 lori

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori cedera akibat tersepit dalam lori yang dipandunya selepas terlibat dalam satu kemalangan di Batu 35, Jalan Pontian, Pontian, di sini semalam.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hasnan Abd Rahman berkata, kemalangan itu membabitkan dua buah lori dan sebuah lagi lori muatan lapan tan didapati tiada mangsa.

“Seorang lelaki berusia 52 tahun yang menaiki kenderaan lori jenis Hino telah mengalami kecederaan akibat tersepit di bahagian pemandu.

“Anggota Bomba telah bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital berdekatan dengan menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.26 petang.

Susulan itu, seramai sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru telah dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera Fire Rescue Tander (FRT) dan kenderaan EMRS.

Show More

Related Articles

Back to top button