Berita Semasa

Menara LHDN Johor Bahru tutup sementara kaunter cukai mulai 30 Jun

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan percukaian di Menara LHDN Johor Bahru akan ditutup sementara bermula 30 Jun hingga 1 Julai depan.

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, penutupan kaunter terbabit bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf ruang pejabat.

“Kaunter sementara akan dibuka bagi urusan pertanyaan am dan penyerahan dokumen percukaian di Aras G manakala kaunter perkhidmatan duti setem akan beroperasi seperti biasa.

“Sebagai alternatif, pembayar cukai adalah dinasihatkan untuk menggunakan e-Janji Temu di Portal HASiL atau e-Perkhidmatan yang boleh diakses menerusi gerbang Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, LHDN turut mencadangkan pembayar cukai untuk berkunjung ke pejabat LHDN lain semasa tempoh penutupan itu berlangsung.

Antara lokasi yang dicadangkan termasuk UTC Galleria Johor Bahru; UTC Pasir Gudang; Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.

Sementara itu, orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan atau maklum balas kepada pihak LHDN di pautan www.hasil.gov.my atau di talian 03-89111000/ 603-89111000 (Luar Negara).

“LHDN komited dalam usaha memastikan mutu perkhidmatan percukaian sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa sekali gus menjadi pemudah cara kepada masyarakat dalam melancarkan urusan percukaian,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button