Jenayah & Mahkamah

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Badan Peguam bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Peguam Negara memberhenti prosiding kes rasuah dana Yayasan Akalbudi membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiz

Berdasarkan permohonan pada 2 Disember tahun lalu, Badan Peguam menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri selaku responden.

Dalam permohonan tersebut, Badan Peguam memohon supaya keputusan Ahmad Zahid yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada 4 September tahun lalu dibatalkan.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan menolak permohonan berkenaan selepas mendapati permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang boleh diputuskan oleh mahkamah itu.

Selain itu, badan berkenaan juga tidak memenuhi peruntukan, bagi dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman.

Pada 4 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, selepas pendakwaan memberitahu Jabatan Peguam Negara mahu menghentikan prosiding.

Show More

Related Articles

Back to top button