Luar Negara

Al-Jazeera dedah India salur bahan letupan kepada Israel

NEW DELHI – Syarikat penyiaran antarabangsa, Al-Jazeera mendedahkan India menyalurkan bekalan roket dan bahan letupan kepada Israel sebagai sokongan pembantaian rejim Zionis itu terhadap umat Islam di Palestin.

Menurut Al-Jazeera, penerimaan senjata menggunakan kapal melalui jalan laut itu berlaku ketika kerajaan Narendra Modi cuba merapatkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Dalam pendedahan itu, sebuah kapal dagang yang berlepas dari Chennai dilapor membawa sejumlah bahan letupan menuju ke pelabuhan Ashdod di negara haram Israel.

Berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh Rangkaian Solidariti Menentang Pendudukan Palestin (RESCOP), kapal berkenaan membawa muatan 20 tan enjin roket, 12.5 tan roket, 1.5 tan bahan letupan dan 740 kilogram cvas dan bahan perejang meriam.

Kapal yang sama sebelum ini dihalang daripada berlabuh di Sepanyol.

Sementara itu, penganalisa perang mendakwa kerjasama antara dua negara itu melibatkan pembekalan peluru berpandu dan dron.

Pembekalan senjata oleh India itu juga dilihat sebagai misi ‘membalas budi’ kepada Israel yang membantu India dalam peperangan menentang Pakistan pada 1999.

Show More

Related Articles

Back to top button