Berita Semasa

Giv-Inc Hope sasar agihan 500 kalkulator untuk pelajar

CYBERJAYA – Pejabat Ahli Majlis Perbandaran Sepang (Sepang Utara) melancarkan kempen mengumpul dana sumbangan kalkulator saintifik untuk tujuan pembelajaran bagi pelajar dari golongan kurang berkemampuan di daerah ini.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Khairil Izzat Nordin berkata, program Giv-Inc Hope itu dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UITM), Institute of Continuing Education and Profesional Studies, UiTM (ICePs), persatuan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah Sepang (PIBKS) dan Sustainable Goals United Nation (UN).

Beliau berkata, program yang melibatkan masyarakat tempatan itu mensasarkan sejumlah 500 unit kalkulator saintifik untuk diagihkan melalui dua fasa kempen yang akan bermula pada Julai ini.

Katanya, setakat ini sebanyak 230 unit daripada sasaran 250 unit telah berjaya dikumpul untuk agihan fasa pertama program.

“Satu majlis penyerahan sumbangan kalkulator saintifik akan diadakan di Sekolah Menengah Bandar Baharu Salak Tinggi pada Julai yang mana penerima merupakan pelajar-pelajar dari enam buah sekolah di daerah ini,” katanya lagi.

Orang ramai yang ingin bersama menyumbang kepada program ini boleh menghubungi hotline kempen Giv-Inc Hope di talian 013-3880978.

Show More

Related Articles

Back to top button