Berita Semasa

Rangka manusia bersama motosikal ditemukan berhampiran kebun durian

BATU PAHAT – Satu rangka manusia ditemukan di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, di sini, hari ini.

Rangka itu ditemui pada tengah hari tadi bersama-sama sebuah motosikal yang hampir sama digunakan seorang bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hafiz Fauzan Abd Halid yang dilaporkan hilang sejak hujung Mei lalu.

Ia berdasarkan nombor pendaftaran seperti dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Motosikal terbabit ditemui tersangkut celah batang pokok bersebelahan kebun durian. Selain itu, turut ditemui jaket dan juga topi keledar, memetik laporan BH Online.

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka terbabit.

Hafiz Fauzan adalah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada malam 25 Mei lalu, untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Bapanya Abd Halid Sugiman, 44, berusaha mencarinya termasuk meninjau di beberapa jalan yang mungkin dilalui sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja dan Jalan Sri Bengkal, namun tiada petunjuk diperoleh.

Ini kerana, bapanya khuatir terdapat kemungkinan anak ketiga daripada tujuh beradik terjatuh dalam parit.

Hafiz Fauzan dilaporkan hilang sejak 29 Mei lalu selepas keluar untuk menonton perlawanan bola sepak

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan keluarga Hafiz Fauzan serta bantuan rakan kepada bapanya namun menemui jalan buntu.

Hafiz Fauzan dilaporkan meminta izin bapanya mahu menonton perlawanan akhir bola sepak dengan menunggang sebuah motosikal

“Selepas menjemputnya, kami keluar makan bersama-sama di Yong Peng, jadi kami tiba di rumah sekitar jam 10 malam. Dia pun minta izin keluar nak tonton final bola sepak di rumah rakannya itu,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button