Berita Semasa

Bomba terus pantau kejadian tanah runtuh di Gunung Kinabalu

RANAU – Video tanah runtuh di Gunung Kinabalu yang tular di media sosial hari ini adalah daripada siri gegaran susulan yang dirakam kira-kira 8 pagi tadi.

Terdahulu, pihak bomba mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tanah runtuh (pertama) yang berlaku pada pukul 1.20 pagi hari yang sama daripada pegawai Taman-Taman Sabah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, laporan mengenai tanah runtuh yang berlaku di sebelah Mesilau, Kundasang itu diterima pada pukul 1.30 pagi.

“Bilik Kawalan BBP Ranau menerima laporan dari En. Suhaimi (Peg. Taman-Taman Sabah) yang melaporkan berlaku runtuhan di kaki Gunung Kinabalu pada 24.06.2024 jam 01:20:00 pagi.

“Kejadian menyebabkan banjir lumpur pada jam 05:00:00 hari yang sama di aliran Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau,” katanya dalam satu kenyataan.

Banjir kilat yang dicetuskan oleh tanah runtuh di Mesilau, Kundasang, awal pagi tadi.

Dalam video yang tular petang ini, satu kejadian tanah runtuh direkodkan dalam keadaan siang sedangkan laporan bomba mengatakan kejadian berlaku pada awal pagi.

Susulan itu, pihaknya telah mengerakkan lima anggota ke lokasi kejadian untuk memeriksa keadaan.

Katanya, kejadian runtuhan itu tidak melibatkan laluan pendakian, kawasan perumahan dan tidak menjejaskan kawasan kampung berhampiran.

 

Show More

Related Articles

Back to top button