Berita Semasa

5 rumah musnah terbakar, 73 penghuni hilang tempat tinggal

LIMBANG – Lima buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas lewat petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 5.47 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 43 kilometer dari balai berkenaan.

“Lima buah rumah musnah 100 peratus menyebabkan 73 penghuni hilang tempat tinggal manakala seorang lelaki berusia 73 tahun melecur di bahagian tangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pasukan bantuan dari BBP Sipitang serta pasukan bomba sukarela dari Kampung Pemukat dan Kampung Punang dilaporkan turut dikerah ke lokasi kejadian.

Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.09 malam manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button