SukanBerita Semasa

Euro 2024: Portugal raih kemenangan, jinakkan Turkiye 3-0

DORTMUND – Portugal berjaya menjinakkan pasukan Turkiye dalam saingan Euro 2024 untuk melakar kemenangan 3-0 pada peringkat kumpulan di Signal Iduna Park, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan semalam, pemain muda sensasi Turkiye, Arda Guler yang cemerlang dalam kemenangan 3-1 ke atas Georgia, tidak dimulakan sebagai pemain kesebelasan utama atas faktor percaturan jurulatih.

Bagi pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo pula membuat penampilan ke-27 terbanyak dalam saingan Euro manakala pemain tengah, Palhinha turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama.

Portugal memulakan aksi dengan penuh bertenaga, mempamerkan deretan peluang sehinggalah pemain Manchester City, Bernardo Silva, menyambar umpanan Nuno Mendes untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-21.

Pada minit ke-28, akibat kesilapan komunikasi antara pemain pertahanan, Samet Akaydin dan penjaga gol, Altay Bayindir, memberi Portugal gol kedua.

Pada separuh masa kedua, Portugal mengekalkan corak permainan menyerang, Turkiye pula berusaha mengekalkan kedudukan, namun usaha mereka gagal membuahkan hasil.

Portugal terus menambah jaringan pada minit ke-70, hasil hantaran Ronaldo yang disempurnakan oleh Bruno Fernandes.

Ronaldo, walaupun berusaha keras tetapi gagal menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Namun begitu, beliau telah memecahkan satu lagi rekod sebagai pemain paling banyak memberi bantuan gol (8) dan pemain paling banyak gol (14) dalam Kejohanan Eropah (Euro).

Kemenangan bergaya Portugal memastikan mereka terus berada di landasan yang tepat untuk mara ke pusingan seterusnya dalam Euro 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button