Berita SemasaPolitik

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara PH, PN

NIBONG TEBAL – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru iaitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Calon yang dipilih layak untuk bertanding membabitkan wakil PH, Dr Joohari Ariffin dan wakil PN, Abidin Ismail.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup pukul 10 pagi tadi.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Terdahulu, pusat penamaan calon itu telah dibuka pada pukul 9 pagi tadi di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini manakala hari mengundi pula pada 6 Julai.

Kempen akan berlangsung selama 14 hari iaitu bermula hari ini hingga pukul 11.59 malam 5 Julai.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lepas, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Seramai 552 petugas telah dilantik bagi mengendali proses PRK itu manakala lebih 600 anggota polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Show More

Related Articles

Back to top button