Berita SemasaPolitik

PRK Sungai Bakap: Aduan rasuah, salah guna kuasa boleh dibuat di bilik gerakan SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan dua bilik gerakan pilihan raya sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berlangsung.

Menurut SPRM, ia bertujuan membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam PRK berkenaan.

Bilik gerakan pilihan raya yang beroperasi selama 24 jam sehingga 6 Julai depan itu bertempat di SPRM Pulau Pinang dan SPRM cawangan Seberang Perai.

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prk2024_ppg@sprm.gov.my atau menghubungi talian 04-2299262 sambungan 1107.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya

“Ia selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button