Berita SemasaLuar Negara

Penjaga kunci Kaabah meninggal dunia

MEKAH – Ketua Pemegang Kunci Kaabh, Sheikh Saleh Al-Sahibi dilaporkan meninggal dunia hari ini, menurut laman haramain.com.

Punca kematian Sheikh Saleh yang dilantik memegang amanah itu pada 2013 daripada bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi bagaimanapun tidak dinyatakan.

Menurut kenyataan yang dikongsikan, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Al-Mu’alla di Mekah selepas solat jenazah di Masjidil Haram.

Berikutan itu, tugas membuka dan menutup pintu Kaabah akan diserahkan kepada pihak Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan Pasukan Kecemasan sekiranya ada kunjungan tetamu negara.

Show More

Related Articles

Back to top button