Luar Negara

Lebih 40 kanak-kanak Palestin meninggal dunia akibat kebuluran

GAZA – Kebuluran di Semenanjung Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak meninggal dunia setakat Rabu lalu, kata pemimpin Hamas, Izzat Al-Rishq.

Menurut Izzat Al-Rishq, 3,500 lagi kanak-kanak berdepan risiko kematian akibat kekurangan zat makanan dan kekurangan makanan tambahan dan vaksinasi.

Katanya, kemerosotan keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk akibat pengepungan Israel sejak perang tercetus tahun lalu.

Beliau berkata, penderitaan penduduk semakin teruk apabila tidak mempunyai keperluan asas kehidupan manusia berikutan pengepungan dan pengeboman berterusan.

Tegasnya, ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sedang mengalami tragedi yang nyata.

“Penduduk menderita kelaparan dan dahaga dengan siri pembunuhan beramai-ramai berterusan dilakukan pendudukan Nazi,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button