Berita SemasaBisnes & EkonomiPM X

Isu BlackRock Inc : Negara tidak ‘mampu’ putuskan hubungan dengan semua syarikat berkait Israel

SHAH ALAM – Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat dari Israel beroperasi di negara ini namun tidak berupaya memutuskan semua hubungan dengan syarikat berkait negara Zionis itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak mampu untuk menolak semua syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel kerana ia akan menjejaskan ekonomi.

Bahkan katanya terdapat begitu banyak syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi dari negara itu.

“Saya boleh batalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang operasi dari Israel.

“Tapi bagaimana syarikat yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel.

“Kita tiada upaya (menolak) dalam keadaan sekarang membatalkannya,” katanya selepas solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas kritikan penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada Global Infrustructure Partners (GIP) yang kemudian diambil alih oleh Blackrock Inc yang dipercayai terlibat membiayai pembunuhan umat Islam di Gaza.

“Kita runding dulu dengan GIP. Akhir tahun lalu, BlackRock ambil alih (GIP). Syarikat yang ada kepentingan Blackrock ada beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara dan di pasaran saham.

“Saya tidak mahu melemahkan ekonomi negara. Kalau syarikat itu syarikat dari Israel saya tetap tak benarkan operasi di Malaysia. Itu yang saya nak jelaskan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menyelar kritikan pembangkang yang ‘menunggang’ isu itu untuk kepentingan politik sedangkan kerjasama perniagaan dengan syarikat berkait Israel telah dimulakan lama sebelum zaman pemerintahan beliau.

“Boleh tegur dan kritik saya, tiada masalah tapi jangan nak tunjuk siapa lebih pahlawan.

“Padahal siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini (Malaysia) dulu?

Show More

Related Articles

Back to top button