Berita Semasa

Wanita maut kemalangan di Lebuhraya WCE 

IPOH – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam satu kemalangan, di sini awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak, kemalangan berlaku sekitar pukul 1.30 pagi tadi di Kilometer (km) 288, Lebuhraya WCE arah utara dekat Air Tawar.

Susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Tawar telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang membabitkan kenderaan jenis Proton X50 itu.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, PGO JBPM Perak turut memaklumkan seorang wanita parah dalam kemalangan di KM235.8 Lebuhraya PLUS arah utara sekitar pukul 2.56 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dengan sebuah lori. Pemandu kereta, seorang wanita tersepit dan mengalami patah kaki kiri,” ujarnya.

Jelas beliau, anggota dari BBP Kuala Kangsar telah membantu mengeluarkan mangsa terbabit dan kini di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Show More

Related Articles

Back to top button