Berita Semasa

KPM nafi sekolah tertentu dikecualikan daripada DLP

KUALA LUMPUR – Tiada sekolah yang dikecualikan daripada peraturan Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu, tegas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurut Fadhlina, semua sekolah perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan berhubung pengendalian program tersebut, malah tidak ada sekolah kerajaan mahupun berasrama penuh yang terkecuali daripada peraturan itu.

Jelas Fadhlina, pelaksanaan DLP mesti mematuhi dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)’ tanpa mengabaikan hak pelajar untuk belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda mereka di sekolah vernakular.

“Semua dah minta kita pertegaskan, sekolah kena pakai dan rujuk garis panduan malah tidak ada sebarang masalah timbul setakat ini.

“Mana-mana sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan itu, kita akan turun dan bantu sekolah tersebut untuk melaksanakannya.

“Garis panduan ini terpakai untuk semua sekolah. Sekolah kerajaan termasuk berasrama penuh juga kena rujuk dan melaksanakannya,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim yang menyatakan sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan daripada peraturan baharu DLP.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button