Jenayah & Mahkamah

Siasatan bungkusan barang guna kertas bercetak ayat al-Quran telah dilengkapkan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah melengkapkan siasatan berhubung barangan yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier yang dibungkus menggunakan kertas bercetak ayat al-Quran.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada minggu lalu.

Katanya, kertas siasatan berhubung kes itu telah siap dan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk diteliti.

“Polis cadangkan pelaku dituduh di mahkamah, bagaimanapun ia bergantung kepada TPR sama ada ia boleh dituduh akan sebaliknya,” katanya, hari ini.

Ditanya sama ada syarikat tersebut akan didakwa, Hamzah berkata, kes tersebut menjurus kepada perlakuan oleh individu.

“Kita cadangkan individu (untuk dituduh di mahkamah),” katanya lagi.

Sebelum ini beberapa keping gambar memaparkan bungkusan yang didakwa di pos oleh sebuah syarikat percetakan di Jalan Tun Razak, Cheras ke Ayer Itam di sini, menjadi tular di media sosial

Difahamkan, laporan polis telah dibuat oleh pemandu syarikat kurier berkenaan yang menyedari perkara itu di Bayan Lepas, minggu lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button