Berita SemasaPM X

Malaysia akan mulakan proses rasmi sertai BRICS

BEIJING – Malaysia akan memulakan proses rasmi bagi menyertai pakatan negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

Laporan TASS menyebut, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temubual yang disiarkan di portal berita China, Guancha, baru-baru ini.

“Kami telah membuat keputusan (mengenai perkara ini).

“Kami akan memulakan proses rasmi tidak lama lagi… dan menunggu jawapan dari kerajaan Afrika Selatan,” kata Anwar dalam temubual tersebut.

Anwar turut memaklumkan, beliau terdahulu bertemu Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mengenai perkara ini, sambil menambah pertemuan itu berlangsung dengan “penuh poisitif”.

Kumpulan BRICS telah menyaksikan dua gelombang pengembangan sejak kemunculannya pada 2006.

Pada 2011, Afrika Selatan menyertai pakatan tersebut yang pada asalnya dianggotai Brazil, Russia, India dan China.

Pada Ogos 2023, enam ahli baharu, termasuk Argentina, dijemput untuk menyertai kumpulan itu.

Buenos Aires menukar fikirannya pada akhir Disember tahun lalu. Lima ahli baharu, Mesir, Iran, UAE, Arab Saudi dan Ethiopia, secara rasmi menyertai kumpulan itu pada 1 Januari 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button