Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Lelaki sentuh punggung wanita di kedai runcit mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun itu di dalam kedai berkenaan pada jam 2 petang, 4 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham kemudian menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun peguam mewakili tertuduh, Gan Sing Gee memohon agar jaminan dikurangkan atas alasan isteri tertuduh sarat mengandung.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Show More

Related Articles

Back to top button