Berita Semasa

PM akan umum berita baik esok – Fahmi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu ‘perkhabaran baik’ berkaitan barangan makanan, esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai penumuman tersebut.

“Ada berita baik daripada Perdana Menteri. Tidak lebih daripada itu. Kita tunggu Perdana Menteri.

“Ia menunjukkan apabila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, kita berupaya untuk membuat pengumuman seperti yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri esok,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mydin Mart Pantai Dalam dan Penyerahan Sumbangan Aidiladha, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.

Show More

Related Articles

Back to top button