Berita SemasaPM X

PM arah polis tegas, profesional dalam tugas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya bertindak secara tegas, profesional dan adil dalam melaksanakan tugas dan juga siasatan.

Beliau berkata, negara ini tidak mungkin akan menjadi sebuah negara yang selamat sekiranya pihak berkuasa tidak bersikap telus terutama dalam kes jenayah dan rasuah.

Dalam ucapannya, Anwar menjadikan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam memerangi rasuah sebagai contoh yang baik.

“(PDRM) harus keras dan tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana penjenayah dan mana-mana kelompok, sama ada ahli sukan, ahli politik atau rakyat biasa.

“Negara tidak mungkin akan selamat sekiranya kita tidak telus, bertindak secara profesional dan mengambil tindakan tegas terhadap apa sahaja salah laku jenayah dan rasuah.

“Saya tidak mahu menjadi perdana menteri yang melindungi jenayah dan rasuah, cuma kita kena pastikan tindakan itu profesional dan adil,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli Abd Halim.

Berkait dengan kes simbahan asid kepada pemain bola sepak, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, Perdana Menteri mengakui tersentuh dengan kes tersebut.

Bagaimanapun katanya, tindakan yang gopoh hanya akan menyebabkan ketidak adilan tidak dapat ditegakkan.
“Menang orang mula resah dan mengeluh apabila lambat, nampak terbongkar tapi tidak semua boleh dilakukan dengan cepat kalau mahu siasatan itu telus dan adil, biarlah siasatan itu rapi

“Mesti mengikut fakta yang jelas bukan persepsi, tapi berdasarkan fakta,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button