Berita Semasa

Gardenia QuickBites ukir nama dalam MBOR

KUALA LUMPUR – Gardenia QuickBites berjaya mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’.

Pengiktirafan tersebut telah diperolehi semasa di Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ yang telah berlangsung di Hotel Renaissance, petang tadi.

Ia merupakan pengiktirafan yang julung kalinya diterima oleh Gardenia daripada The Malaysia Book of Records dan berharap pencapaian ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak penciptaan impak yang positif untuk masyarakat.

Program ‘Minda Sihat Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 telah berjaya memberi manfaat kepada lebih kurang 130,000 orang murid dan guru daripada lebih 120 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia sejak di anjurkan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) Shah Alam telah dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Azman Mashuri dan Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd, Lavinia Anthony.

Azman berkata, pertandingan mural yang bertemakan ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’itu dapat mendorong murid dan guru sekolah menyerlahkan kreativiti dan bakat mereka disamping memfokuskan kepada gaya hidup sihat mental dan fizikal.

“Ini selaras dengan hasrat KPM seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

“KPM juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Gardenia QuickBites, kerana telah mewujudkan peluang untuk murid sekolah menonjolkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjahyang formal,” katanya semasa ucapan perasmian semalam.

Pada masa sama, usaha itu telah menobatkan Gardenia QuickBites sebagai pemegang rekod The Malaysia Book Of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign.

Livinia berkata, pihaknya turut berbesar hati kerana dapat menyediakan platform dengan kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid-murid bekerjasama dan bersatu-padu dalam menghasilkan karya mural paling kreatif dan cantik serta dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria apabila berada di sekolah.

Pertandingan mural tersebut telah berlangsung dalam tempoh tiga bulan bermula Februari hingga Mei yang lalu dan sekolah yang mengambil bahagian perlu memilih kawasan yang sesuai dan melaksanakan secara berkumpulan penglibatan antara murid dan pemantauan guru.

Hasil mural telah di hantar pada 24 Mei yang lalu untuk sesi penilaian, dan keputusan pemenang telah diumumkan dalam Majlis Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button