Berita SemasaSukan

Anugerah Sukan Negara 2023: Syarul, Natasha dinobat Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Azman Mahen Abdullah dan atlet boling negara, Natasha Mohamed Roslan dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2023.

Syarul atau lebih dikenali sebagai ‘Mike Mahen’ berkata, gelaran Olahragawan adalah penghargaan tertinggi baginya selepas 26 tahun bergelar atlet.

Syarul atau dikenali sebagai Mike Mahen ketika ditemui dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2023, di Bukit Jalil.

“Saya akui ini adalah penghargaan tertinggi selama 26 tahun bergelar atlet. Selepas enam kali tercalon sejak 2016, 2017, 2018, 2019, 2022, dan 2023, akhirnya saya dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan buat julung kalinya.

“Ini menjadi pendorong semangat kepada saya untuk melatih atlet-atlet baharu supaya mereka dapat menjadi seperti saya atau lebih baik,” katanya dalam sidang media.

Selepas kali keenam tercalon pada Anugerah Sukan Negara (ASN), akhirnya Syarul menutup karier buat dirinya selepas mengumumkan persaraan pada Mac lalu dengan gelaran anugerah Olahragawan Negara.

Beliau berharap pengiktirafan tersebut akan meningkatkan semangatnya untuk melahirkan lebih ramai jaguh bina badan negara selepas kini bergelar jurulatih.

Dalam pada itu, anugerah Olahragawati Kebangsaan pula menjadi milik atlet boling negara, Natasha Mohamed Roslan.

Natasha berkata, beliau berasa terkejut dan tidak menyangka memenangi anugerah besar itu serta bersyukur kepada Allah.

Natasha ketika ditemui dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2023 di Bukit Jalil.

“Sejak kecil saya menjadikan Datuk Shalin Zulkifli sebagai idola. Alhamdulillah, impian saya tercapai,” katanya.

Calon lain bagi anugerah itu ialah Nur Amisha Azrilrizal (Muay Thai), Nur Syazrin Mohamad Latif (pelayaran) dan Nurul Alyani Jamil (boling padang).

Show More

Related Articles

Back to top button