Berita Semasa

Anugerah Seri Angkasa 2024: Kategori Podcast Terbaik kategori baharu yang disenaraikan

PUTRAJAYA – Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) menyenaraikan Kategori Podcast Terbaik sebagai kategori baharu dipertandingkan dalam senarai anugerah tersebut yang bakal dibuka penyertaannya bermula 1 hingga 15 Julai depan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pihaknya menjangkakan jumlah penyertaan yang tinggi memandangkan podcast menjadi media baharu yang menjadi ‘trend’ terkini.

“Kami menjangkakan jumlah penyertaan lebih tinggi sebab kami sudah menambah kategori baharu iaitu podcast. Podcast adalah trend baru dan apabila ada kategori media baru begini, formatnya juga akan berubah.

“Podcast juga sangat popular dan ada banyak kandungan bagus. Ini masa yang sesuai untuk kita berikan pengiktirafan kepada podcast berkualiti tinggi.

“Kami sediakan satu kategori podcast ini secara keseluruhan untuk pelbagai jenis podcast. Kalau penyertaan kali ini tinggi, kami percaya penambahbaikan boleh dilakukan di masa akan datang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ujarnya, Kategori Podcast Terbaik ini juga terbuka kepada penyiar audiosiar yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Show More

Related Articles

Back to top button