Berita Semasa

Lebih 260 pegawai LHDN laksana operasi pematuhan cukai di Sabah

KOTA KINABALU – Kira-kira lebih dari 260 pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menjayakan Operasi Borneo 2.0 di Sabah dengan tujuan meningkatkan pematuhan cukai di negeri tersebut.

Pengarah LHDN Sabah, Azrul Hisham Shamsudin berkata, beliau menekankan pentingnya operasi tersebut dalam meningkatkan pematuhan dan kutipan cukai di Sabah.

Operasi Borneo 2.0 yang diadakan oleh LHDN di Sabah.

“Operasi lawatan pematuhan ini dapat memberikan kesan positif dari segi kutipan di samping meningkatkan kadar pematuhan dalam kalangan pembayar cukai serta mengurangkan ketirisan hasil cukai, seterusnya menyumbang kepada kelestarian kutipan hasil negara,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau optimis bahawa langkah itu akan memberi kesan positif terhadap hasil kutipan negara serta menyokong agenda pembangunan ekonomi negara.

Menurut kenyataan LHDN, operasi tersebut melibatkan lima lokaliti utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau, dan Labuan yang berlangsung dari 10 hingga 14 Jun 2024.

Katanya, operasi tersebut mencakupi aktiviti seperti audit percukaian syarikat dan perniagaan, penyerahan notis pemakluman, serta audit Potongan Cukai Bulanan majikan.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, pihak berkepentingan boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara).

Orang ramai juga boleh menggunakan HASiL Live Chat, atau di Portal Rasmi LHDN (https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/).

Operasi Borneo 2.0 adalah langkah strategik dalam memaksimumkan pematuhan cukai di Sabah demi kelestarian ekonomi negara.

Show More

Related Articles

Back to top button