Jenayah & Mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi

PETALING JAYA – Peguam kepada ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin mengesahkan anak guam dan suaminya sedang menjalani rawatan psikologi.

Menurut Mahmud Jumaat, rawatan itu berikutan tekanan perasaan dialami mereka selepas tragedi menimpa anak sulong pasangan itu enam bulan lalu.

“Saya percaya depresi ini sudah berlaku sebelum (ditahan reman) lagi. Mana-mana keluarga apabila kehilangan orang tersayang sudah tentu akan mengalami depresi.

“Saya percaya juga dari awal kes sudah dapatkan rawatan terutama ibu bapa kepada Zayn Rayyan. Apatah lagi mempunyai anak autistik seorang lagi iaitu Mateen,” katanya di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini hari ini.

Hadir sama, peguam mewakili bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin.

Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu, Disember tahun lalu.

Berikutan itu, Hakim, Dr Syahliza Warnoh memerintahkan pasangan suami isteri itu dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorang sebelum dilepaskan.

Mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Show More

Related Articles

Back to top button