Jenayah & Mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa pagi ini

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, akan didakwa di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini.

Perkara itu disahkan Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kepada kanak-kanak terbabit selepas tempoh reman mereka berakhir pada hari ini.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak itu.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut, telah ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button