Berita Semasa

Felda nafi tanah 260 hektar terjual dalam sindiket penjualan tanah di Melaka

KUALA LUMPUR – Felda hari ini menafikan tanah miliknya terjual melalui sindiket penjualan tanah seluas 260 hektar seperti dilaporkan media semalam.

Dalam kenyataannya, Felda memaklumkan tanah miliknya di Bukit Katil, Melaka tidak bertukar hak milik dalam kes yang dibongkar oleh Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

“Felda akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha memastikan segala urusan siasatan dapat dilaksanakan dengan baik,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan SPRM menahan lapan individu yang dipercayai bersekongkol dan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Sumber SPRM memaklumkan, penahanan di Kuala Lumpur membabitkan tiga broker dan dua orang awam manakala di Sabah melibatkan dua pegawai bank, seorang pengarah syarikat dalam lingkungan usia 20 hingga 50-an.

Menurut pertuduhan, ketiga-tiga broker bersama-sama pengarah syarikat dan dua orang awam yang bertindak sebagai orang tengah telah memberi rasuah hampir RM2 juta kepada dua pegawai bank sebagai balasan membantu meluluskan pembukaan akaun perbankan yang kononnya didaftarkan atas nama Felda.

SPRM turut menyita hampir 200 akaun bank milik individu dan syarikat membabitkan nilai lebih RM28 juta.

 

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button