Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Tun Daim, keluarga mohon SPRM batal pembekuan akaun

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarga memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan pembekuan akaun bank mereka.

Mereka juga memohon perintah membatalkan tindakan SPRM menyita harta alih yang dikenakan mengikut Seksyen 50 Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLACFT) terhadap akaun bank berkenaan.

Selain Daim, pemohon lain yang dinamakan dalam permohonan kebenaran itu ialah isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan anak mereka, iaitu Asnida, Wira Dani dan Muhammad Amin Zainuddin serta 18 syarikat.

Daim dan pemohon lain memohon pelbagai relif, antaranya untuk mengisytiharkan bahawa pembekuan akaun mereka adalah tidak sah kerana melanggar hak perlembagaan mereka dan didorong oleh mala fide (niat jahat).

Mereka meminta perintah mandamus untuk membatalkan tindakan pembekuan akaun mereka, serta ganti rugi am.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu ditetapkan untuk dikemukakan di Mahkamah Tinggi esok.

Daim dan Na’imah kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button