Berita SemasaLuar Negara

Pesawat bawa Naib Presiden Malawi dipercayai terhempas

BLANTYRTE – Sebuah pesawat yang membawa Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima dan sembilan yang lain dilaporkan hilang selepas berlepas pada pukul 9 malam tadi (waktu tempatan).

Menurut kenyataan Pejabat Presiden negara itu, pesawat yang menerbangkan Chilima, 51, berlepas dari ibu kota, Lilongwe namun gagal membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mzuzu kira-kira 370 kilometer ke utara.

“Pihak berkuasa penerbangan terputus hubungan dengan pesawat itu apabila ia “hilang dari radar dan tidak mendarat selepas 45 minit berlepas.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

“Bagaimanapun semua usaha untuk menghubungi pesawat tersebut sejak ia hilang dari radar telah gagal setakat ini,” kata kenyataan itu.

Berikutan kejadian itu, Presiden Malawi, Lazarus Chakwera memaklumkan beliau telah mengarahkan pihak berkuasa pusat dan tempatan untuk “melaksanakan operasi pencarian dan penyelamatan dengan segera.

Chakwera juga mengumumkan pembatalan lawatannya ke Bahamas.

Chilima, dilihat sebagai calon berpotensi dalam pilihan raya presiden tahun depan. Dia ditahan pada 2022 atas dakwaan rasuah.

Bagaimanapun, mahkamah Malawi menggugurkan pertuduhan rasuah terhadapnya bulan lalu selepas pengarah pendakwaan awam memfailkan notis supaya kes itu dihentikan. Chilima telah menafikan sebarang salah laku.

 

Show More

Related Articles

Back to top button