Berita Semasa

KPT gesa pensyarah kuasai bidang AI

NILAI – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggesa pihak universiti khususnya pensyarah menguasai dan memanfaatkan sepenuhnya bidang kecerdasan buatan (AI).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, usaha ke arah transformasi pendidikan itu penting untuk memberikan hasil terbaik kepada negara, khususnya di peringkat pendidikan tinggi.

“Kumpulkan pengalaman dalam mengajar untuk menghadapi pendidikan AI. Pensyarah ialah ‘brain of the nation’.

“Anda semua mempunyai pemikiran yang hebat, tetapi jika tidak berlaku transformasi pengetahuan, maka tiada hasil baik dapat diberikan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Program Kepimpinan Muda Kebangsaan KARISMA: Pemikir MADANI di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang disertai 118 pensyarah dari pelbagai universiti di sini hari ini.

Zambry berkata, sebagai sokongan beterusan kepada perkembangan AI dan pembangunan digital, KPT akan menyediakan kursus dan latihan berkaitan AI untuk dimanfaatkan pensyarah.

Sementara itu katanya, KPT juga akan meneliti tempoh mengajar bagi setiap pensyararah di universiti-universiti negara ini.

Perkara itu katanya perlu diteliti semula bagi memastikan tempoh mengajar pensyarah seimbang dengan keperluan pendidikan.

Beliau berkata, secara puta jumlah mengajar seseorang pesyarah adalah kira-kira 18 jam seminggu tidak termasuk bebanan tugas dan tanggungjawab penting yang lain.

“Pensyarah di universiti ada pelbagai peringkat, ada yang memegang jawatan biasanya tidak mengajar hingga 18 jam, ia bergantung kepada kursus, jumlah pelajar, keadaan ini berbeza-beza.

“Bagaimanapun, kementerian akan meneliti perkara ini, pada masa sama kita mahu kegiatan pensyarah dalam menulis dan membuat kajian dapat dilakukan sebaiknya,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button