Berita Semasa

KKM akan siasat kes dua kematian akibat keracunan makanan

KUANTAN – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan siasatan terperinci berhubung kes kematian seorang remaja dan seorang kanak-kanak selepas memakan makanan yang dibawa pulang ibu bapa mangsa dari satu acara di sebuah sekolah di Sungai Cincin, Gombak, Selangor.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM melalui Bahagian Kesihatan Awam akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja siasatan kes itu selesai.

“Pihak ibu pejabat akan keluarkan kenyataan. Kini masih di peringkat semakan dan siasatan,” katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian semalam, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas mengalami keracunan makanan dipercayai akibat memakan makanan yang dibawa pulang ibunya dari satu acara di sebuah sekolah agama.

Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas makan makananan dari sumber yang sama.

 

Show More

Related Articles

Back to top button