Berita Semasa

Kemalangan bas rombongan guru, mangsa ketiga meninggal dunia

MUADZAM SHAH – Seorang lagi mangsa kemalangan bas ekspres di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini pagi tadi, dilaporkan meninggal dunia.

Mangsa, Hamzah Ahmad yang berusia 60 tahun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof, sebentar tadi.

Dalam kejadian pada awal pagi tadi, seorang penumpang wanita dan pemandu kedua sebuah bas maut selepas kenderaan terbabit merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau di sini pada Ahad.

Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Bas ekspres terbabit yang membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button