Bisnes & Ekonomi

Bandar Seri Iskandar mampu jadi kawasan ideal untuk pelaburan hartanah

SERI ISKANDAR – Tiga projek perumahan, universiti, hospital serta lebuh raya yang bakal dan telah dibina di Bandar Universiti Seri Iskandar mampu menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat yang ideal untuk melabur dalam bidang hartanah.

Menurut eksekutif jualan, Fariha Nabilah Ismail, kawasan yang terletak pada kedudukan strategik antara tiga lokasi utama iaitu Ipoh, Perak Tengah dan Manjung itu mudah diakses melalui Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Katanya, dengan kehadiran dua universiti utama, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), bandar ini amat sibuk dengan aktiviti akademik dan ekonomi.

“Sama ada pembeli rumah kali pertama atau pelabur, hartanah baharu ini menawarkan kelebihan pada harga, rekabentuk dan juga kualiti.

“Tiga jenis kediaman bertanah (landed) ditawarkan kepada pembeli pada harga antara RM209,800 hingga RM298,395.

“Kediaman pertama iaitu Suria merupakan
rumah teres satu tingkat bermula dari RM209,800 dengan empat bilik tidur dan dua bilik air.

“Ia sempurna untuk sebuah keluarga baharu dan pemilik rumah kali pertama. Ia menyediakan ruang dalaman yang selesa dan praktikal pada harga yang sangat berpatutan.

“Kediaman Santolina juga teres setingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air bermula pada harga RM213,750.

“Menawarkan konsep yang cantik, projek ini mempunyai rumah teres satu tingkat yang dikemaskini yang memberikan ruang tambahan dan hasil yang sempurna,” ujarnya.

Eksekutif Jualan, Fariha Nabilah Ismail.

Mengulas lanjut, Fariha berkata, kediaman seterusnya ialah Azalea iaitu teres satu setengah tingkat dari RM298,395 dengan empat bilik dan dua bilik air.

Jelas Nabilah, bagi mereka yang menginginkan lebih banyak ruang dan sudut, rumah teres satu setengah tingkat ini adalah pilihan yang sangat baik.

“Kediaman ini menyediakan kawasan yang selesa dengan unsur-unsur reka bentuk inovatif, menggabungkan pelbagai fungsi dan keanggunan.

“Ia sesuai untuk sebuah keluarga atau pelabur untuk mendapatkan kadar sewaan yang lebih tinggi samada dijadikan homestay atau disewakan,” katanya.

Lebih menarik, bayaran tempahan ketika ini cuma RM100 sahaja untuk memiliki rumah idaman di salah satu lokasi terbaik di negeri Perak dengan segera.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Nabilah di talian 011-57583699.

Show More

Related Articles

Back to top button