Berita Semasa

[VIDEO] “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini – Fahmi

PUTRAJAYA – “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” hari ini diumumkan sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika mengumumkan perkara itu berkata, tema berkenaan dipilih sebagai lambang kesepaduan sebuah negara maju dan progresif yang secara holistik menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.

@malaysiatribune

‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun ini. #malaysiatribune #malaysiamadanijiwamerdeka

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Malaysia Madani merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama.

“(Manakala) Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pengumuman Logo dan Tema HKHM 2024, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaludin.

Mengenai logo HKHM 2024, beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.

Show More

Related Articles

Back to top button