Berita Semasa

[VIDEO] Kerajaan akan sampaikan pendirian tegas

Langkah X ubah terma perkhidmatan benarkan kandungan lucah

PUTRAJAYA – Kerajaan tegas tidak akan membenarkan sebarang kandungan lucah atau pornografi disebarkan di dalam platform media sosial termasuk di X.

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan menyuarakan pandangan tegas kepada pengendali X mengenai langkah platform tersebut mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

@malaysiatribune

Kerajaan menerusi MCMC akan suarakan ketegasan kerajaan kepada semua pengendali media sosial termasuk pengendali X supaya menghormati undang-undang Malaysia. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Ini langgar undang undang, ia tidak dibenarkan jadi kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X.”

“Saya percaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyuarakan ketegasan ini ketika pertemuan bersama pihak X,” ujar Fahmi ketika sidang media selepas Majlis Pengumuman Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, di sini hari ini.

Fahmi turut memaklumkan, sebarang kandungan negatif termasuk judi dalam talian dalam apa jua platform media sosial tidak akan dibenarkan di dalam negara.

Terdahulu, platform media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter secara rasmi mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

Berikutan itu, pengguna X boleh memuat naik kandungan NSFW (Tidak Sesuai untuk Dilihat oleh Semua Orang) dengan bebas, selagi ia dibuat dengan persetujuan.

Show More

Related Articles

Back to top button