Berita Semasa

UiTM terima 550,000 permohonan online untuk isi 51,000 tempat pelajar baharu

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menerima sebanyak 550,00 pendaftaran semakan program secara dalam talian bagi mengisi 51,000 tempat di kampus miliknya.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof.Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, angka ini amat memberangsangkan dan menunjukkan minat pelajar melanjutkan pendidikan mereka di UiTM, lapor portal Kosmo, hari ini.

“Ia merupakan angka yang sangat memberangsangkan sedangkan kita hanya mengambil 51,000 pelajar pada kemasukan kali ini,” katanya pada majlis perasmian penutup Ekspo Selangkah ke UiTM (EKSU) 2024, di sini.

Mengenai ESKU 2024, Raduan berkata, minat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk masuk ke UiTM tetap menggalakkan dengan kehadiran seramai 15,214 pengunjung selama dua hari bermula 1 Jun.

Katanya, bidang perakaunan, pengurusan hospitaliti dan pengurusan perniagaan antara kursus yang mendapat banyak perhatian dan semakan sepanjang EKSU tersebut.

Dalam perkembangan lain, Raduan berkata, UiTM tidak terburu-buru untuk mewujudkan kursus teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadi satu keperluan dalam pelbagai bidang industri pada masa depan.

Katanya, langkah mewujudkan kursus baharu atau memasukkan elemen yang unik seperti AI dalam kursus sedia ada memerlukan penilaian khusus setiap tiga hingga lima tahun membabitkan fakulti dan badan profesional berkaitan.

Show More

Related Articles

Back to top button