Jenayah & Mahkamah

Pemain beregu campuran, Lai Pei Jing dedah jadi mangsa scammer, hilang hampir semua wang simpanan

KUALA LUMPUR – Pemain badminton beregu campuran profesional negara, Lai Pei Jing mendedahkan dirinya menjadi mangsa sindiket penipuan hingga mengakibatkan hilang hampir semua wang simpanannya.

Menerusi perkongsian dalam hantarannya di laman Instagram miliknya, malam tadi, Pei Jing meminta semua pihak memberikan dia ruang untuk bertenang bagi menangani emosinya.

“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada anda ingin tahu atau bimbang, saya mohon untuk berikan ruang kepada saya dan keluarga untuk menangani emosi kami.

“Sila beri kami masa untuk memproses semuanya, terutamanya ibu saya.

“Ya, saya telah ditipu hampir semua simpanan saya oleh sindiket penipuan.

“Sejujurnya, ini adalah tamparan yang sangat berat kerana ia adalah simpanan hasil kerja keras saya sejak bertahun-tahun.

“Ia memerlukan keberanian yang besar untuk bercakap tentang ditipu kerana siapa yang mahu memberitahu orang lain bahawa mereka telah ditipu, betul tak?

“Saya harus menjelaskan sebab mengapa saya tiba-tiba menghilangkan diri sejak beberapa hari lalu. Sebaiknya semua okay, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya.

“Saya berharap dapat menghalang lebih ramai mangsa dan menerima hakikat bahawa saya telah ditipu,” kata Pei Jing.

Menurut Pei Jing, dia juga sudah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Pei Jing yang berpansangan dengan Tan Kian Meng tersingkir di pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu.

Pasangan itu tunduk di tangan gandingan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Show More

Related Articles

Back to top button