Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Enam warga Rohingya ditahan terbabit penyeludupan manusia

KOTA BHARU – Enam warga Rohingya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia di sekitar ibu negeri ini, kelmarin.

Kesemua suspek berusia 24 hingga 35 tahun itu ditahan dalam operasi melibatkan Pasukan Taktikal Khas (Pastak) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan kerjasama JIM Kelantan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi khas itu dilakukan berdasarkan aduan awam dan hasil risikan selama tiga minggu.

“Pasukan operasi berjaya mengesan empat orang suspek pertama yang memandu sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek yang cuba melarikan diri berjaya dipintas dan ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu, Kelantan.

“Salah seorang daripada mereka disyaki bertindak sebagai ‘transporter’, seorang lagi adalah pembantu dan dua lagi yang dalam proses ‘diseludup’ ke Kuala Lumpur, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dua etnik Rohingya ditahan dalam serbuah sebuah rumah di sekitar Kota Bharu selepas penahanan empat suspek pertama.

Ruslin berkata, hasil penahanan itu, pasukan kemudian menyerbu sebuah kediaman di sekitar ibu negeri dan menahan dua lagi suspek etnik Rohingya.

“Semakan awal mendapati empat orang lelaki etnik Rohingya memiliki kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) manakala dua lagi lelaki etnik Rohingya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.

“Pasukan operasi telah merampas dua keping dokumen UNHCR yang disyaki palsu, wang tunai sebanyak RM2000 dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai untuk mengangkut PATI,” katanya.

Belia berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menyeludup masuk pendatang asing etnik Rohingya ke negara ini melalui laluan haram di sempadan dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur.

Dua keping dokumen UNHCR yang disyaki palsu, wang tunai sebanyak RM2000 ditahan pada suspek,

Katanya, etnik Rohingya biasa diseludup menggunakan bas ekspres dengan diiringi oleh seorang lelaki etnik Rohingya yang datang dari Kuala Lumpur.

“Pati akan diberikan dokumen UNHCR yang disyaki palsu bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Bayaran yang dikenakan oleh sindiket untuk penghantaran ke Kuala Lumpur adalah sebanyak RM500 manakala untuk setiap seorang Pati dan RM100 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button