Politik

[VIDEO] Calon PRK Sungai Bakap ditentukan selepas pimpinan parti Kerajaan Perpaduan berbincang

KUALA LUMPUR – Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap akan diputuskan selepas perbincangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, walaupun terdapat gesaan untuk BN meletakkan calon bagi kerusi tersebut, keputusannya masih tertakluk kepada kepimpinan parti, dengan mengambil kira status kerusi berkenaan.

@malaysiatribune

Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap akan diputuskan selepas perbincangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, walaupun terdapat gesaan untuk BN meletakkan calon bagi kerusi tersebut, keputusannya masih tertakluk kepada kepimpinan parti, dengan mengambil kira status kerusi berkenaan. #malaysiatribune #prksungaibakap

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Biasanya, dalam keadaan begini kita berbincang, hasrat mungkin ada kata nak letak calon, semua parti berkeinginan, akhirnya kita buat keputusan bersama.

“Dalam tradisi BN dan konteks kerajaan hari ini, dalam kerjasama yang ada, perlu ada semangat saling hormat-menghormati,” katanya.

Zambry berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Pra-Pelancaran Sambutan Jubli Emas Barisan Nasional ke-50, di sini hari ini.

Untuk rekod, kerusi tersebut pernah dimiliki parti komponen BN iaitu UMNO yang memenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, sebelum dirampas Pakatan Harapan (PH) dan kemudiannya Perikatan Nasional (PN) pada PRN Ogos lalu, di mana calonnya, Nor Zambri Latiff yang juga ketua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose.

Zambri bagaimanapun meninggal dunia akibat keradangan perut dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadualkan bermesyuarat pada 6 Jun bagi menentukan tarikh penamaan calon serta hari pengundian.

Show More

Related Articles

Back to top button