Berita SemasaSukan

Pertandingan tomoi berpotensi jana ekonomi tempatan

TAIPING – Penganjuran Kejohanan Antarabangsa Muay Malaysia 2024 (Mimac) bukan sekadar sukan dan hiburan malah turut menjana ekonomi tempatan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Mimac memberikan impak kepada sukan Muay Thai yang sekarang menarik minat ramai belia untuk menyertai sukan ini.

“Saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada penganjur kejohanan, Persatuan Tomoi Perak atas usaha gigih mereka dalam menganjurkan kejohanan ini merupakan kejohanan antarabangsa yang julung kalinya diadakan.

“Kejohanan ini bukan sahaja mencerminkan semangat juang yang tinggi dalam sukan Muay tetapi juga memupuk perpaduan dan persahabatan di peringkat antarabangsa,” katanya disini hari ini.

Kejohanan Mimac ini menerima Geran Padanan Sukan sebanyak RM200,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Hannah berkata pada tahun ini sahaja, sebanyak RM846,000 telah diluluskan untuk 6 kejohanan Muay Thai di bawah geran padanan sukan.

“Selain itu kejohanan seperti ini mampu menjana ekonomi setempat seperti peniaga gerai, kedai makan dan hotel-hotel turut mendapat kesan yang positif.

Sementara itu, Hannah Yeoh turut mengumumkan Peruntukan Khas sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Tomoi Negeri Perak.

Pada masa yang sama Timbalan Menteri Pendidikan merangkap ahli parlimen Taiping Wong Kah Woh, memperuntukan RM50,000.00 untuk kejohanan MIMAC kali ini.

Show More

Related Articles

Back to top button