Berita Semasa

PERHILITAN akan laksana bedah siasat ketahui punca gajah mati

KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan melaksanakan proses bedah siasat ke atas empat bangkai gajah yang ditemukan mati di Kampung Sri Timor, Kahang, di sini hari ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon menerusi satu kenyataan ringkas, hari ini.

“Untuk makluman semua, pihak Jabatan Perhilitan Daerah Kluang telah mengambil tindakan untuk membuat siasatan dan telah mengambil sampel daripada bangkai gajah untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Setakat ini, punca kematian gajah itu, iaitu seekor betina dewasa dan tiga ekor anak gajah jantan masih dalam siasatan PERHILITIAN Kluang.

“Orang ramai diminta tidak ambil undang-undang di tangan sendiri. Lapor kepada PERHILITAN, PDRM (Polis Diraja Malaysia) atau ketua kampung sekiranya berhadapan masalah konflik dengan gajah bagi membolehkan pihak berkuasa ambik tindakan lanjut.

“Jabatan Veterinar juga sedang melakukan bedah siasat dan jika terbukti benar empat gajah itu mati diracun, PDRM sudah tentu akan mengambil tindakan susulan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button