Berita Semasa

Ibu bapa Rayyan direman 7 hari

PETALING JAYA – Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zyan Rayyan yang ditemukan mati dibunuh di Damansara Damai pada Disember tahun lalu direman selama tujuh hari.

Peguam bela bagi pasangan tersebut, Mahmud Abdul Jumaat berkata, reman itu kerana terdapat beberapa pekembangan terbaharu daripada siasatan pihak polis.

“Buat masa ini ia dalam tempoh reman, dan reman ini hanya untuk melengkapkan siasatan dan kita tidak tahu lagi siapa lagi bakal dituduh.

“Sekiranya sudah habis siasatan dan telah dilengkapkan, keputusan atas pihak pendakwaraya untuk kita tahu siapa suspek utama untuk kes ini,” katanya kepada pengamal media di sini.

Terdahulu ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu disyaki membunuh.

Pasangan itu tiba pada pukul 8.50 pagi menaiki kenderaan polis sambil beberapa ahli keluarga juga hadir di perkarangan mahkamah.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Polis mengesahkan mangsa meningggal dunia akibat dibunuh.

Show More

Related Articles

Back to top button