Berita Semasa

Pelajar IPT boleh dapatkan baucar buku mulai esok

PUTRAJAYA – Fasa pertama penyaluran baucar buku akan dilaksanakan melalui kaedah e-baucar dan sebanyak 50,000 e-baucar ditawarkan sebagai menyokong Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024).

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT-Graduate Reference Hub for Employment and Training di bawah kendalian KPT iaitu
https://great.mohe.gov.my.

Katanya, kod baucar itu boleh dijana bermula esok jam 10 pagi.

“Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk
pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital,
https://bookcapital.com.my sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, baki baucar buku selebihnya akan disalurkan pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak.

Mengulas mengenai pemilihan BookCapital, katanya, ia di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga merupakan penganjur bersama PBAKL 2024 bagi memudahkan pengguna sepanjang berlangsungnya pesta buku ini.

Sehubungan itu katanya, penggunaan platform lain akan digunakan pada fasa
berikutnya.

“KPT berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan,” ujarnya.

Sementara itu katanya, inisiatif tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button