Berita Semasa

Inisiatif baucar buku RM100: KPT, KPM cari mekanisme terbaik – Zambry

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan pengurusan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL) bagi mencari mekanisme terbaik berhubung pemberian baucar buku RM100 khusus buat golongan pelajar.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir berkata, sungguhpun inisiatif itu diumumkan dalam masa yang singkat, namun kementerianya komited untuk mejayakannya.

“Kita akan laksanakan apa yang diarankan kerana ini sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat dan ia jelas menuniukkan dua perkara, pertamanya

Perdana Menteri prihatin kepada tradisi ilmu dan kedua, mahu bantu rakyat waldupun dalam keadaan kesempitan serta berdepan masalah kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perasmian PBAKL yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam majlis yang sama, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, baucar berkenaan boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan, mulai jam 2 petang esok.

Show More

Related Articles

Back to top button