Berita Semasa

Dasar Pembangunan Keusahawanan Francais dirangka, perkukuh industri francais

KUALA LUMPUR – Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang giat merangka Dasar Pembangunan Keusahawanan Francais bagi memperkukuhkan industri francais di Malaysia.

Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, dasar tersebut dirancang melalui kerjasama rapat dengan pelbagai pemegang taruh.

“Ini melibatkan sesi libat urus dengan banyak pihak berkepentingan, termasuk Persatuan Francais Malaysia dan ahli-ahlinya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Ekspo Francais Antarabangsa Malaysia 2024 di KLCC, di sini.

Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika menghadiri Ekspo Francais Antarabangsa Malaysia 2024 di KLCC.

Beliau berharap dengan adanya Dasar Pembangunan Keusahawanan Francais itu, satu hala tuju yang jelas dapat dibentuk.

Katanya, ia menunjukkan komitmen kerajaan dalam bekerjasama dengan industri francais tempatan untuk memperkukuhkan mereka.

“Mudah-mudahan dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan Francais ini, kita dapat membentuk satu hala tuju yang kita boleh capai, serta menunjukkan komitmen kerajaan bekerjasama dengan industri francais kita,” tambahnya.

Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika menghadiri Ekspo Francais Antarabangsa Malaysia 2024 di KLCC.

Ewon juga menegaskan pelancaran dasar tersebut dijangka pada tahun ini atau sekurang-kurangnya pada awal tahun hadapan.

Sehubungan itu, dasar tersebut dijangka memberi impak positif kepada perkembangan usahawan francais di Malaysia bagi memperkukuhkan ekonomi serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button